Thursday, September 21, 2017

HUSNUDZAN DAN SUUDZAN

HUSNUDZAN DAN SUUDZAN

HUSNUDZAN
A. PENGERTIAN HUSNUDZAN
             Husnuzon adalah berbaik sangka. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam kerana perbuatan ini dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan, yang secara tidak langsung, jika tidak punyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah!
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
[al Isra', 17:36]
             Berbaik sangka juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana, apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap saudara itu, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan baik-baik belaka, maka sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu. Bayangkan jika hati penuh dengan sangka buruk, sudah pasti apabila lihat sahaja muka saudaranya itu, menjadikan timbul benci, geram dan segala dendam, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar, nauzubillah.
             Selain itu, bersangka baik juga dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam di hati. Titik hitam ini hanya singgah pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, marilah kita mencegah perkara-perkara mungkar dari terus berkumpul di hati kita, bukan buruk sangka sahaja, malah segala bentuk kemungkaran.
              Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan;
1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”
2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”
3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
B. MACAM-MACAM HUSNUDZAN
Contoh perilaku husnuzan :
1)      Husnuzan terhadap Allah SWT
·         Syukur
·         Ibadah
·         Dzikir
·         Berdoa
·         Tawadu
·         Tawakal
2)      Husnuzan terhadap Diri Sendiri
·         Percaya Diri
·         Gigih
·         Sabar
·         Tawadu
3)      Husnuzan terhadap Sesama Manusia
·         Saling mengormati
·         Berbuat baik tehadap sesama
·         Generasi tua menyayangi generasi muda
·         Saling tolong-menolong dalam kebajikan

SUUDZAN
A. PENGERTIAN SUUDZAN

               Suuzon adalah bersangka buruk. Islam melarang umatnya dari berburuk sangka seperti dalam firman Allah,
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” [al Ahzab, 33:58]
               Ustaz Nor Amin ada menyebut dalam penulisannya yang bertajuk Husnuzon dan Suuzon, bahawa umat Islam juga perlu bersangka buruk dalam beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, apabila ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumahan pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tidak diingini. Perbuatan bersangka buruk sebegini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita. Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen, kelas tambahan atau juga turut membantu dan membimbing mereka untuk meningkatkan prestasi anak tersebut.
               Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak. Antara lain adalah, bersangka buruk terhadap pokok besar atau semak di belakang rumah kita, yang akan mengundang kehadiran binatang liar seperti ular sawa, atau mungkin juga haiwan penyebar jangkitan kuman seperti tikus, maka dengan sangka buruk tersebut kita bergotong-royong dengan ahli keluarga untuk memotong pokok serta mencantas semak tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Namun, walau apa pun, siapalah kita untuk menilai manusia. Hanya Allah berhak menilai manusia kerana hanya Dia yang mengetahui bisikan hati-hati ciptaan-Nya itu.
“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.” [al Mulk, 67:13]


No comments:

Post a Comment